Penanaman semula adalah wajib bagi semua pekebun sawit bila tempoh kelapa sawit mencapai tahap yang tidak produktif lagi iaitu 25 tahun umur pokok. Kebanyakan pekebun kecil tidak mempunyai pengetahuan mengenai tanam semula, jadi terdapat cara-cara yang boleh di kongsi untuk pekebun kecil. Cara tanam semula ini hanya untuk kawasan yang landai dan rata sahaja
Langkah Ketiga
Membaris sawit untuk kawasan rata.
5) Teruskan dengan memacak pancang anak di titik penanda di dawai 12g untuk menyambung kebahagian seterusnya sampai kesemua kawasan telah dipacakkan pancang tanaman sawit.
Langkah Ketiga
Membaris sawit untuk kawasan rata.
Satu aktiviti yang dilakukan untuk menanda titik tanaman pokok sawit baharu di kebun anda. Bertujuan untuk menjadi panduan, sebagai tanda membuat lubang untuk tanaman, mendapatkan dirian pokok yang optimun, jarak yang seragam dan pengambilan nutrien dan cahaya matahari yang baik.
Peralatan yang digunakan ialah:
a) Pita pengukur
b) Kompas
c) Pancang Ibu dan pancang anak
d) Plastik putih dan merah
e) Dawai 12g yang mempunyai penanda jarak 29" di antara satu sama lain.
Dawai 12g |
Penanda titik tanaman |
Setelah anda menyediakan peralatanya, ada boleh suda mula membaris tanaman sawit.
1) Buat satu garisan ke arah utara selatan guna kompas bermula dari pancang asas yang telah anda buat di Langkah Pertama.
2) Seterusnya guna dawai 12g (yang telah ditandakan jarak tanaman) untuk memacak pancang ibu bermula di pancang asas sampai keseluruhan garisan arah utara dan selatan di pacakan.
3) Setelah selesai memacak pancang ibu digarisan utara dan selatan sekarang anda kena pacak pancang anak pula. Jadi anda kena buat satu garisan 60 darjah mengunakan dawai 12g di pancang ibu yang bermula dari 1,3,5,7,9, dan seterusnya dengan mengunakan kompas.
4) Bagi pancang ibu yang no ke 2,4,6,8 dan seterusnya tidak perlu menggunakan kompas hanya menggunakan pandangan mata anda. Tapi jika anda ingin ketepatan yang baik anda boleh juga membuat garisan 60 darjah bagi kesemua ibu pancang.
Cara menggunakan pandangan mata untuk memacak pancang anak |