Cara membuat "circle racking" sawit matang

Sebagai pekebun kecil sawit anda kena menjaga kebersihan sawit anda di ladang supaya proses penuai buah berjalan dengan baik dan memudahkan pergerakan perkerja atau anda sendiri.

Sawit matang circle racking
Kerja melakukan pembersihan pangkal pokok penting dilakukan di setiap pokok sawit anda. Membersih pangkal pokok ini tidak lah kerap dilakukan hanya 2-3 kali setahun dan anda sendiri boleh membersihkan kebun sawit anda.

Membuat “circle racking
Tujuan kerja pembersihan ini dilakukan adalah untuk menyenangkan kerja mengutip biji relai. Memberi pertumbuhan yang baik kepada sawit dan memudahkan anda menjalankan aktiviti penuaian dilakukan.

Sebelum memulakan kerja anda kena menyediakan peralatan:
1) Pencakar besi


   2) Pongkes


    3) Beg baja terpakai

Setelah menyediakan peralatan anda boleh sudah memulakan kerja 
a)Bersihkan dan alihkan bendasing yang terdapat di dalam bulatan.

b)Diameter pembersihan ialah dalam 0.5 hingga ke 1.25m dari pangkal pokok.

c)Buah relai lama dan busuk perlu dimasukkan kedalam guni untuk dibuang ke tempat yang sesuai.

d)Sisa pelepah dan sisa daun di letakkan ke Lorong pelepah.

e)Anda kena lakukan 2 kali setahun jika ini bersih selalu boleh buat lebih.
f)Anda kena sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan kerja ini diladang walaupon tidak berbahaya sangat.

g)Untuk menjaga alam sekitar kita, anda kena membuang bendasing dari pembersihan pangkal di tempat yang sesuai dan tidak dibuang berdekatan sumber air.


Sekarang anda suda boleh tahu cara membersihkan pangkal pokok dengan betul, selamat mencuba.