Penanaman semula adalah wajib bagi semua pekebun sawit bila tempoh kelapa sawit mencapai tahap yang tidak produktif lagi iaitu 25 tahun umur pokok. Kebanyakan pekebun kecil tidak mempunyai pengetahuan mengenai tanam semula, jadi terdapat cara-cara yang boleh di kongsi untuk pekebun kecil. Cara tanam semula ini hanya untuk kawasan yang landai dan rata sahaja
Langkah Kedua
Langkah Kedua
Tebang dan cincang batang sawit
Satu cara dimana pokok sawit tua atau tidak produktif dimusnahkan dengan menubang dan mencincang batang pokok mengunakan jentera pertanian. Bertujuan tempat tanaman sawit baru, percepatkan reputan pokok sawit dan mengelakkan penyakit dan perosak.
Bahan yang diperlukan ialah:
a) Jentera pertanian 120 hp keatas
b) Chipping bucket
c) Buatan sendiri pengukur ketebalan chipping
Sekarang anda(pekebun sawit) suda tahu langkah ini dan boleh meneruskan ke langkah seterunya. Sila klik link dibawa:
1) Cara membuat pra barisan
3) Cara membaris sawit kawasan rata
Bahan yang diperlukan ialah:
a) Jentera pertanian 120 hp keatas
b) Chipping bucket
c) Buatan sendiri pengukur ketebalan chipping
d) pita pengukur
Setelah anda menyediakan bahan dan perlatan boleh memulakan kerja.
1) Sediakan pelan rekaan bentuk ladang anda yang menunjukkan kedudukan barisan longgokan dan jarak.
2) Seterusnya tumbangkan pokok sawit tua menggunakan jentera dan cincang batang pokok sawit mengunakan chipping bucket tersebut.
3) Batang sawit mesti di cincang secara serong 45-60 darjah dan ketebalanya mesti 10 cm dan 70 cm panjang kepingan tersebut.
4) Dari batang sampai ke akar perlu di cincang. Bagi bahagian akar perlu dikorek untuk dicincang dan setelah dicincang lubangnya perlu ditimbus semula.
5) Semua sisa pokok sawit yang telah di cincang disusun di barisan longgokan yang telah ditentunkan.
6) Tinggi sisa longgokan sawit tidak boleh melebihi 1 meter dimana pelepah di susun d kiri dan longgokan di kanan.
7) Panjang barisan tidak boleh melebihi 40 meter untuk mengawal kebakaran.
Setelah selesai menebang dan mencincang sawit dikawasan kebun anda. Anda suda boleh membuat barisan untuk tanaman pokok sawit baru.
1) Cara membuat pra barisan
3) Cara membaris sawit kawasan rata