Cara Menanam Anak Pokok Sawit


Apabila tiba masa untuk menanam anak pokok sawit anda(pekebun kecil) kena menggunakan bahan tanaman yang sesuai, masa yang sesuai, teknik yang betul dan menggunakan peralatan dan mesin yang sesuai.

Langkah yang keempat
Menanam anak pokok sawit
Cara ini bertujuan untuk memastikan anak sawit tumbuh subur, mengelakkan anak sawit rosak ketika proses penanaman dan mendapatkan anak sawit tumbuh dengan seragam.

Sebelum anda melakukan penanaman, anda kena menyediakan peralatan:
a) Anak benih sawit. Anda kena mendapatkan anak benih dari syarikat yang telah diiktiraf oleh MPOB

b) Baja fosfat

c) Penyukat baja

d) Cangkul dan pahat sawit

e) Pisau

f)  Kereta sorong


Setelah menyediakan peralatan anda boleh menanam anak pokok sawit:
1) Gali lubang tanaman di setiap pancang tanaman yang telah di buat ketika membaris tanaman sawit dengan secara manual atau menggunakan mesin.
2) Saiz lubang tanaman 45 cm x 45 cm x 60 cm dan lubang perlu berkeadaan tegak.
3) Angkat anak pokok sawit ke setiap tapak tanaman dan polibeg perlu diahlikan sebelum di masukkan ke dalam lubang.
4) Sebelum memasukan anak pokok, anda kena tabur baja fosfat sebanyak 250g kedalam lubang dan setelah menabur isikan sedikit tanah kedalam lubang juga bagi mengelakan terkena akar.

5) Masukkan anak pokok kedalam lubang dengan baik dan berkeadaan tegak semasa di dalam lubang.
6) Timbuskan ruang kosong disekeliling anak pokok dan padatkan dengan kayu pemadat.
7) Kemudian, taburkan baja fosfat 250g sekali lagi di sekeliling permukaan tanah yang telah di timbus.

8) Jika anda ingin meletakan sukupan boleh letakkan di sekeliling anak pokok berjarak 1 kaki dari pangkal anak pokok sawit.

Setelah abis menanam pokok, dalam 24-30 bulan anak sawit akan mula sudah mengeluarkan hasilnya. Anak pokok jugak akan menunjukan pertumbuhan yang seragam dan sihat.